Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Kelas Pertama selepas Balik Cuti Midsem

Hai geng 👀
Nak cerita apa hah?
Tak ada cerita ni nak cerita 😂

Oklah, aku nak cerita kelas pertama selepas balik bercuti. Kelas hari Khamis, pukul 2 petang. Kelas Prof lah huhu. Ingat Prof nak batal, tapi aku ok ja ada kelas. Semester akhir dah, bila lagi nak p kelas kan. Lepas ni mesti rindu nak p kelas, berebut baslah hmmm macam-macamlah.
Kelas hari tu macam biasalah, buat adobe photoshop. Buat kalendar dari bulan Mei hingga Ogos. Sebab kelas sebelum ni dah buat bulan sebelum ni. Cuma sambung saja lah.

Habis kelas tu, aku dengan Ain g Pejabat Wazan Upm. Nak temuduga zakat sekali temuduga tu kena tunda Isnin depan. Kecewa aku haha sebab penat jugak jalan dengan lapar lagi. Tapi, tak apa tak ada rezeki kan. Lain kali lah. Habislah cerita kelas pertama selepas balik dari bercuti.

Payung gambar sebab rindu dekat kampung dah 😓

No comments:

Post a Comment