Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video One Shot

Nota Video One Shot 

Video One Shot bermaksud video diambil dengan kamera yang statik dan tidak bergerak-gerak hanya orang yang di dalam video sahaja bergerak.


  1. Memilih satu lagu iaitu lagu Syinta Gila oleh Safiey Ilyas. 
  2. Menyanyi mengikut lirik dan mimik yang betul.
  3. Terdapat pergerakan seperti menari sambil menyanyi. 
  4. Video yang dihasilkan mesti diberikan kredit kepada penyanyi asal. 

Nota Video One Shot Two Layer

Video one shot two layer pula ialah video yang diambil sambil menyanyi dan terdapat pergerakan dalam video itu serta lakonan. 

  1. Memilih satu lagu iaitu lagu Terima Kasih Cikgu Oleh Upin Ipin dan Najwa Latif.
  2. Terdapat beberapa orang penyanyi
  3. Terdapat babak lakonan yang dilakonkan sambil penyanyi menyanyi.
  4. Tidak boleh banyak pergerakan 

Nota Video One Shot Three Layer 

Video one shot three layer ialah video yang diambil dengan mengabungkan ciri-ciri video one shot two layer dan three layer. 

  1. Pilih satu lagu iaitu lagu Bersamamu oleh Jacklyn Victor
  2. Terdapat beberapa orang penyanyi 
  3. Ada lakonan sambil menyanyi
  4. Menyanyi, lakonan dan mesti ada pergerakan seperti daun terbang, dan lain-lain janji ada pergerakan yang tidak disengajakan.


BBM3410/18: Papan Cerita

Nota Papan Cerita 

Dalam kelas Multimedia dalam Bahasa beberapa minggu yang lepas, kami dikehendaki membuat papan cerita. Papan cerita dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai story board.

  • Ciri yang perlu ada dalam papan cerita ialah jelas supaya gambaran yang dihasilkan dalam papan cerita difahami.
  • Kedua ialah konsep yang perlu ada papan cerita agar gambaran yang dinyatakan mudah dan sesuai. 
Contohnya, E-Majalah yang kami hasilkan mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu: 

1. Tidak melebihi 10 muka surat
  • E-majalah yang dihasilkan mesti tidak melebihi 10 muka surat
  • Terdapat nama majalah dan nama kumpulan
  • Nama E-majalah ialah Mawar Production dan nama ahli-ahli kumpulan. 
  • Satu jenis produk sahaja
  • Satu jenis produk saja yang dikeluarkan dalam E-Majalah tersebut. 
  • Sidang pengarang
  • Sidang pengarang termasuklah nama pengarah, editor dan lain-lain.
  • Lukisan 
  • Lukiskan beberapa jenis produk yang hendak dilakarkan.
  • Menulis kata-kata daripada buku 200 Quotes. 
  • Setiap helaian E-Majalah terdapat satu kata-kata hikmat dari buku 200 Quates

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Nota Video Tanpa Wajah 

Video tanpa wajah bermaksud video yang diambil tanpa wajah dan bahagian badan dan ke bawah sahaja diambil.


  1. Video tanpa wajah boleh diedit kerana ia bukan video one shoot 
  2. Fokus pada satu perkara sahaja. Contoh, kalau kaki, kaki sahaja. 
  3. Mesti ada mesej yang hendak disampaikan kepada penonton dalam erti kata lain ada cerita
  4. Lokasi yang boleh berubah-ubah 
  5. Setiap babak memerlukan yang berlainan supaya menarik dilihat. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamaualaikum w.b.t
Hai semua lama tak bersiaran 👀👀👀
Semoga sihat sentiasa 😊


Nota Asas Grafik

Asas Grafik terdapat beberapa ciri. Antara ciri-cirinya ialah:

  • Mudah
Ciri yang pertama iaitu mudah. Mudah bermaksud gambar yang diambil mudah difahami atau jelas.
  • Keseimbangan
Kedua ialah keseimbangan bermaksud gambar yang diambil mesti seimbang atas ke bawah dan kiri ke kanan.
  • Kesesuaian
Ketiga ialah kesesuaian. Gambar yang diambil mestilah bersesuaian dengan situasi sesuatu keadaan. 
  • Warna
Keempat ialah warna. Warna memainkan peranan yang penting dalam gambar. Tidak boleh terlalu terang dan gelap supaya gambar yang diambil cantik dan jelas.
  • Teks
Terakhir sekali, teks yang digunakan mesti bersesuaian dengan jenis 'font' yang digunakan. Terdapat juga slogan atau tema yang tertentu. Mesej yang hendak disampaikan mesti berpadanan dengan gamabr yang diambil. 

 







Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Cara buat Kalendar dalam Adobe Photoshop (Minggu 9)

Assalamualaikum w.b.t
Hai semua 😊😊😊

Hari ini kelas amali Multimedia batal.
Jadi kami semua kena buat tugasan online. Kami sekelas dikehendaki merakam video diri sendiri ketika membuat kalendar dalam Adobe Photoshop. Video tersebut mesti diambil selama 3 minit.

Prof kalau tengok video saya lambat, maaf yaa laptop saya akan 'hang' kalau buat Adobe 😂.
Selalu kalau saya buat setiap bulan selalu ambil masa yang lama huhuhu 😂 3 minit tu tak cukup lah untu siapkan bulan dalam kalendar.









Sekian, terima kasih.

















Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: Instagram fatimahzaharah

Hai hai hai 👀

Tadi cerita pasal Twitter kan.
Ni nak cerita pasal Instagram pulak
Dekat Instagram aku selalu guna sebab suka tengok gambar cantik-cantik dan resepi masakan kampung huhu
Bagi aku Instagram ni banyak bagi info yang aku tak tau lagi macam benda-benda viral
Haa macam tu lah
Kawan-kawan kalau aku muat naik gambar ka apa tolong la ketik tanda suka yaa 😂😂😂
Ok dah bye 😝

Tunggu sat haha
Sem ni Instagram aku berfungsi sikit sebab nak dapatkan markah kena muat naik gambar yang Prof suruh.
Bawah ni bukti Prof ketik tanda suka dan komen gambar. Terima kasih Prof. Sayang ketat-ketat.😘😘😘