Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video One Shot

Nota Video One Shot 

Video One Shot bermaksud video diambil dengan kamera yang statik dan tidak bergerak-gerak hanya orang yang di dalam video sahaja bergerak.


  1. Memilih satu lagu iaitu lagu Syinta Gila oleh Safiey Ilyas. 
  2. Menyanyi mengikut lirik dan mimik yang betul.
  3. Terdapat pergerakan seperti menari sambil menyanyi. 
  4. Video yang dihasilkan mesti diberikan kredit kepada penyanyi asal. 

Nota Video One Shot Two Layer

Video one shot two layer pula ialah video yang diambil sambil menyanyi dan terdapat pergerakan dalam video itu serta lakonan. 

  1. Memilih satu lagu iaitu lagu Terima Kasih Cikgu Oleh Upin Ipin dan Najwa Latif.
  2. Terdapat beberapa orang penyanyi
  3. Terdapat babak lakonan yang dilakonkan sambil penyanyi menyanyi.
  4. Tidak boleh banyak pergerakan 

Nota Video One Shot Three Layer 

Video one shot three layer ialah video yang diambil dengan mengabungkan ciri-ciri video one shot two layer dan three layer. 

  1. Pilih satu lagu iaitu lagu Bersamamu oleh Jacklyn Victor
  2. Terdapat beberapa orang penyanyi 
  3. Ada lakonan sambil menyanyi
  4. Menyanyi, lakonan dan mesti ada pergerakan seperti daun terbang, dan lain-lain janji ada pergerakan yang tidak disengajakan.


BBM3410/18: Papan Cerita

Nota Papan Cerita 

Dalam kelas Multimedia dalam Bahasa beberapa minggu yang lepas, kami dikehendaki membuat papan cerita. Papan cerita dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai story board.

  • Ciri yang perlu ada dalam papan cerita ialah jelas supaya gambaran yang dihasilkan dalam papan cerita difahami.
  • Kedua ialah konsep yang perlu ada papan cerita agar gambaran yang dinyatakan mudah dan sesuai. 
Contohnya, E-Majalah yang kami hasilkan mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu: 

1. Tidak melebihi 10 muka surat
  • E-majalah yang dihasilkan mesti tidak melebihi 10 muka surat
  • Terdapat nama majalah dan nama kumpulan
  • Nama E-majalah ialah Mawar Production dan nama ahli-ahli kumpulan. 
  • Satu jenis produk sahaja
  • Satu jenis produk saja yang dikeluarkan dalam E-Majalah tersebut. 
  • Sidang pengarang
  • Sidang pengarang termasuklah nama pengarah, editor dan lain-lain.
  • Lukisan 
  • Lukiskan beberapa jenis produk yang hendak dilakarkan.
  • Menulis kata-kata daripada buku 200 Quotes. 
  • Setiap helaian E-Majalah terdapat satu kata-kata hikmat dari buku 200 Quates

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Nota Video Tanpa Wajah 

Video tanpa wajah bermaksud video yang diambil tanpa wajah dan bahagian badan dan ke bawah sahaja diambil.


  1. Video tanpa wajah boleh diedit kerana ia bukan video one shoot 
  2. Fokus pada satu perkara sahaja. Contoh, kalau kaki, kaki sahaja. 
  3. Mesti ada mesej yang hendak disampaikan kepada penonton dalam erti kata lain ada cerita
  4. Lokasi yang boleh berubah-ubah 
  5. Setiap babak memerlukan yang berlainan supaya menarik dilihat. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamaualaikum w.b.t
Hai semua lama tak bersiaran 👀👀👀
Semoga sihat sentiasa 😊


Nota Asas Grafik

Asas Grafik terdapat beberapa ciri. Antara ciri-cirinya ialah:

  • Mudah
Ciri yang pertama iaitu mudah. Mudah bermaksud gambar yang diambil mudah difahami atau jelas.
  • Keseimbangan
Kedua ialah keseimbangan bermaksud gambar yang diambil mesti seimbang atas ke bawah dan kiri ke kanan.
  • Kesesuaian
Ketiga ialah kesesuaian. Gambar yang diambil mestilah bersesuaian dengan situasi sesuatu keadaan. 
  • Warna
Keempat ialah warna. Warna memainkan peranan yang penting dalam gambar. Tidak boleh terlalu terang dan gelap supaya gambar yang diambil cantik dan jelas.
  • Teks
Terakhir sekali, teks yang digunakan mesti bersesuaian dengan jenis 'font' yang digunakan. Terdapat juga slogan atau tema yang tertentu. Mesej yang hendak disampaikan mesti berpadanan dengan gamabr yang diambil.