Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Tugasan Minggu 5 (Proses Flattlay)

Assalamaualaikum w.b.t
Hai semuanya, bertemu kembali lagi pada minggu ini ☺☺☺

Pada minggu ini, kami sekelas telah ditugaskan untuk membuat tugasan yang bertajuk flatlay. Kami semua dikehendaki untuk mengambil gambar berdasarkan kepada konsep flatlay iaitu ada empat kesemuanya. Antaranya ialah:


  • Flatlay
  • Half flatlay
  • Quater flatlay
  • Zero flatlay 

Walaupun, macam kelam kabut kumpulan kami mengambil gambar tapi kami berjaya juga melakukannya. Yalah, Prof. bagi tarikh memuat naik dalam Instagram pukul 12.30 tengah hari huhu fuhhhh berpeluh-peluh kau nak ambil gambar. Kejap padam kejap ambil balik gambar. Tapi bagi saya ini merupakan pengalamanlah dan boleh coretkan dalam blog tak seberapa ini. 
Di bawah ini saya sertakan kejadian semasa proses itu dan prosesnya. Selamat melihat yaa teman-teman huhu...

Semasa mengambil gambar Zero flatlay 

Perbincangan tentang pemilihan gambar, hahaha seriusnya



Proses mengambil gambar flatlay, dekat jalan tar tu ambil hahaha

Haa nampak tak betapa gigihnya kami demi tugasan ini ☺☺

Ini dekat pokok sebelah tempat meletak kereta ni. 

Haa tengok tangan tu, tengah mengarah orang tahu hehe

Masa ini tengah ambil gambar untuk Zero flatlay, objeknya cincin


Itulah serba sedikit proses yang kami lakukan untuk hasilkan gambar yang menarik minat Prof. Saya nak tunjukkan juga hasilnya. Tapi tunggu blog yang seterusnya yaa teman-teman. Terima kasih sudi baca. ☺








No comments:

Post a Comment