Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Tugasan Minggu 7( Video One Shot)

Hai semua,
Holla dalam bahasa Sepanyol
Ni Hao dalam bahasa Mandarin
Hello dalam bahasa Inggeris
Dah baca! Dapat tambahkan pengetahuan bukan!
Membaca tu kan jambatan ilmu.

Hahahha
Apa yang aku mengarut ni. Maaflah ya. 😂

Minggu ni kelas Multimedia macam biasa. Minggu kami sekelas dapat tugasan kena buat video one shot. Prof. berikan arahan dan penerangan untuk buat video tu. Prof tunjukkan sekali video tu dalam youtube untuk jadikan sebagai rujukan kepada kami.
Kami pilih lagu Syinta Gila nyanyian Safiey Ilyas.
Berdasarkan video tu kami kena rakam video one shot.
Nanti blog seterusnya aku bagi link ya untuk tengok video kami huhu.
Walaupun rasa video kami macam gedik ka apa ka, tolong la 'like' nah hahaha

Separuh dari ahli kumpulan Mawar Production 😉

BBM3410/18: Minggu yang sibuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Kembali bersiaran semua hehe
Apa khabar? Sihat ka semuanya? Harap-harap sihat la nah huhu

Nak cerita ni, minggu ni memang sibuk gila la. Orang Kedah kata tak dan sungguh la sebab punya banyak benda nak kena buat sebelum balik cuti. Maih nak senaraikan keja yang nak kena buat haha poyo pulak padahal orang lain pun banyak keja jugak nak buat 👀👀👀

  1. Buat video one shot
  2. Buat blog
  3. Masukkan gambar dalam Instagram
  4. Buat status dalam Twitter
  5. Buat PITA
  6. Buat video LAX
  7. Dan akhir sekali, balik kampung yeay hahahaa

Sebenarnya tak la banyak sangat keja, tapi saja buat teruk kan! Tapi bagi aku serabut juga la nak kena siapkan semua benda. Aku boleh lakukan! Kena yakin dan rajin okeh kawan-kawan. Aku akhiri dengan bye-bye hehehehe jumpa lagi ya teman-teman. Ingat walaupun susah mana pun sesuatu, teruskan jangan berhenti. 😊😊😊




Wednesday, October 17, 2018

BBM3410/18: Gambar Simpulan Bahasa

Hallo
Beberapa hari yang lepas, aku dah tulis pasal tugasan simpulan bahasa kan? Nih aku kongsikan beberapa gambar yang kumpulan kami telah sediakan. Heheh selamat menonton..

Ketawa Raja 

Ulat Buku

Buruk Makan

Pencuci Mulut

Celik Huruf

Pena

Puteri Lilin

Wang Pendahuluan

Suri Hati


Itulah serba sedikit tugasan yang kami hasilkan. Cantik kan 👀

BBM3410/18: Jalan-jalan Cari Makan (JJCM)



Hai 👀

Hujung minggu lepas aku dengan kawan-kawan keluar jalan-jalan cari makan. Tempatnya ialah Ioi City Mall ja pun hahaha.
Kami berempat keluar sebenarnya nak main boling. Tapi tempat boling tu penuh penuh sebab ada perlawanan. Jadi, tak jadilah nak main boling. Kami jalanlah keliling Ioi tu cari makanan.
Kami dah sepakat nak makan benda-benda yang manis dan sedap. Tup-tup kami jumpa kedai ni..

Hanbing Korean Dessert Cafe

Tengok tu melelehh

Sedap gilaa! Hampa semua kena cuba ok



Bagi kami pencuci mulut ni memang sedap. Tambah dengan dia punya ais susu yang lembut, buah mangga yang manis, sos mangga tu yang paling sedap. Ohhh nama pencuci mulut ni (Hanbing Mangga)

Sebelum kami mencekik Hanbing ini, kami dah makan Sizzling Yee Mee dekat Food Junction. Hahhaha boleh la tahan sedap. Kalau aku suka makan nasi lagi huhu



BBM3410/18: Tugasan 5 (Simpulan Bahasa)

Assalamualaikum w.b.t
Hai bertemu lagi pada minggu ini 😃😃😃

Hari ini aku nak bercerita tentang tugasan yang telah Prof berikan..
Kami dikehendaki untuk mengambil gambar berdasarkan simpulan bahasa yang kami pilih iaitu sebanyak 10 simpulan bahasa:


  • Ulat Buku
  • Bengkok Sabut
  • Ketawa Raja
  • Pencuci Mulut
  • Puteri Lilin
  • Taik Lalat
  • Wang pendahuluan
  • Suri hati
  • Celik Huruf 

Tugasan ini haruslah dibentangkan di dalam kelas dan disertakan dengan slide yang menarik perhatian. 
Antara proses mengambil gambar simpulan bahasa:

Tengah cari posisi yang cantik tuh haha

Kemain berbincang semua haha

Hah yang ni pun boleh tahan!

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: Stres atau tekanan.

Hai bertemu kembali.
Apa khabar semuanya..Semoga sihat sentiasa yaa..

Hari ini aku nak cerita pasal stres. Semua orang mesti ada stres kan atau orang panggil tekanan. Bohonglah kalau dia tak pernah rasa stres itu macam mana. Bagi aku kalau aku stres sebelah otak sakit, dahi berkerut dan yang paling  benci ialah muka tak boleh langsung nak senyum dan rasa macam nak sepak-sepak orang. Hahahha ok yang tu bergurau saja. Itu definisi stres bagi aku kalau ada masalah. Sebelum itu, kalau tahap menangis itu paling teruklah sebab aku tak suka snagat menangis. Rasa macam orang yang kalah kalau menangis,. Betul lah tu orang cakap menangis itu hilang stres. Tapi bagi aku tak kot. Banyak lagi boleh hilangkan stres. Contoh kalau aku suka makan coklat, haa dari situ boleh hilang stres tau. Tapi tulah kalori pulak haa tinggi hahhaha.

Ini coklat kegemaran aku. Sedap gila nyum nyum nyum



Jadi terpulanglah cara macam mana kita nak menangani stres tu. Setengah orang suka makan, setengah orang ada cara lain. Menangis ? Ikutlah tapi berpada-padalah stres tu. Jangan ikut perasan sangat. Kalau rasa teruk sangat,  ingat Allah okay. ☺☺☺


Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Gambar-gambar

Hai awak-awak semua..
Seperti yang dijanjikan pada blog yang lepas, saya nak kongsikan gambar-gambar tugasan yang kami sekumpulan ambil. Ok, selamat melihat dan memuji hehe ☺

Jom kita cuci mata..

Yang ni gambar untuk Quater flatlay. Cantikkan sebab itu kasut aku haha. Sila puji ☺

Ini Zero flatlay. Yang inilah sampai mengarah-garah orang tu sebab nak ambil gambar ini. 

Half flatlay. Yang ini unikkan. Ke aku seorang yang rasa unik hahhaha..

Ok yang ni paling cantik sampaikan Prof tanda suka dekat Instagram tapi lepas suka Prof tak suka balik. Haa paham tak ☺ Sebelum lupa ini gambar flatlay.

Ini Quater flatlay. Guna buku Prof tu...


Dah tengokkan semua. Cantik ke tak. Pujilah cantik hahha ingat senang nak ambil gambar semua ini. Nampak mudah kan tapi susah sebenarnya nak kira cahaya lah sudut lah semua lah. Macam itulah kehidupan kan tak semuanya sempurna. Hahaha tiba-tiba ada tazkirah pulak. Ok lah, bye semuanya. Jumpa lagi.