Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Cerita Kuliah Minggu 1

Hai bertemu kembali ☺☺☺

Ayuh mulakan minggu pertama kelas dengan Bismillah. Pada minggu ini, antara kelas yang pertama saya hadiri ialah kelas Multimedia dalam Bahasa. Kelas ini merupakan kelas yang menarik untuk dihadiri kerana terdapat pelbagai informasi yang berguna dan baharu. Kelas ini dikelola oleh Prof. Normaliza Abd Rahim. Pada minggu ini,

Prof telah menerangkan serba sedikit tentang subjek Multimedia dalam Bahasa ini. Yang pertama sekali tentang tugasan dan peperiksaan akhir. Tugasan sebanyak 80% pelajar laksanakan dan hanya 20% untuk peperiksaan akhir. Tanpa membuang masa, Prof telah meminta untuk kami semua membawa bahan-bahan untuk membuat tugasan pertama pada minggu hadapan.
Bahan-bahan tersebut seperti:

  • Mounting board saiz A4
  • Gunting
  • Gam uhu Stick
  • Majalah terpakai 
  • Pisau 
Kelas minggu ini berakhir dengan pesanan Prof untuk membawa bahan-bahan tersebut dan pembahagian kumpulan untuk tugasan pada minggu hadapan sebanyak 10 orang dalam 1 kumpulan. 

No comments:

Post a Comment