Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Cerita Kuliah Minggu 2

Hai, setelah seminggu tidak bersua, kita bersua kembali ☺
Minggu kedua, saya dan kawan yang lain menyiapkan tugasan asas grafik. Di bawah ini adalah tugasan pertama kumpulan kami siapkan iaitu asas grafik. Kumpulan kami diberi nama kumpulan Mawar. Kerjasama antara kumpulan sangat membanggakan kerana semuanya memberi kerjasama. 









BBM3410/18: Cerita Kuliah Minggu 1

Hai bertemu kembali ☺☺☺

Ayuh mulakan minggu pertama kelas dengan Bismillah. Pada minggu ini, antara kelas yang pertama saya hadiri ialah kelas Multimedia dalam Bahasa. Kelas ini merupakan kelas yang menarik untuk dihadiri kerana terdapat pelbagai informasi yang berguna dan baharu. Kelas ini dikelola oleh Prof. Normaliza Abd Rahim. Pada minggu ini,

Prof telah menerangkan serba sedikit tentang subjek Multimedia dalam Bahasa ini. Yang pertama sekali tentang tugasan dan peperiksaan akhir. Tugasan sebanyak 80% pelajar laksanakan dan hanya 20% untuk peperiksaan akhir. Tanpa membuang masa, Prof telah meminta untuk kami semua membawa bahan-bahan untuk membuat tugasan pertama pada minggu hadapan.
Bahan-bahan tersebut seperti:

  • Mounting board saiz A4
  • Gunting
  • Gam uhu Stick
  • Majalah terpakai 
  • Pisau 
Kelas minggu ini berakhir dengan pesanan Prof untuk membawa bahan-bahan tersebut dan pembahagian kumpulan untuk tugasan pada minggu hadapan sebanyak 10 orang dalam 1 kumpulan. 

BBM3410/18: BIODATA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua. 
Dan hai semuanya! ❤



Moga sihat sentiasa semuanya. ☺
Ingin saya kenalkan empu diri ini  iaitu Fatimah Zaharah binti Rejab. Berusia 23 tahun dan berasal dari Sik, Kedah. Ketika saya menulis catatan ini, saya merupakan pelajar tahun akhir bagi kursus Bacelor Sastera (Bahasa dan Lingusitik Melayu). Saya merupakan anak bongsu dari 7 adik-beradik. Ayah telah meninggal dunia ketika saya berusia 5 tahun. Dari usia 5 tahun saya di besarkan oleh ibu yang bekerja sebagai penoreh getah dan pekebun. Kehidupan saya selama ini hanyalah sederhana sahaja. Itulah serba sedikit pengenalan tentang diri ini. 
Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk mendedikasikan perjalanan saya dalam mengharungi diri sebagai seorang pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia.