Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Cara buat Kalendar dalam Adobe Photoshop (Minggu 9)

Assalamualaikum w.b.t
Hai semua 😊😊😊

Hari ini kelas amali Multimedia batal.
Jadi kami semua kena buat tugasan online. Kami sekelas dikehendaki merakam video diri sendiri ketika membuat kalendar dalam Adobe Photoshop. Video tersebut mesti diambil selama 3 minit.

Prof kalau tengok video saya lambat, maaf yaa laptop saya akan 'hang' kalau buat Adobe 😂.
Selalu kalau saya buat setiap bulan selalu ambil masa yang lama huhuhu 😂 3 minit tu tak cukup lah untu siapkan bulan dalam kalendar.









Sekian, terima kasih.

















Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: Instagram fatimahzaharah

Hai hai hai 👀

Tadi cerita pasal Twitter kan.
Ni nak cerita pasal Instagram pulak
Dekat Instagram aku selalu guna sebab suka tengok gambar cantik-cantik dan resepi masakan kampung huhu
Bagi aku Instagram ni banyak bagi info yang aku tak tau lagi macam benda-benda viral
Haa macam tu lah
Kawan-kawan kalau aku muat naik gambar ka apa tolong la ketik tanda suka yaa 😂😂😂
Ok dah bye 😝

Tunggu sat haha
Sem ni Instagram aku berfungsi sikit sebab nak dapatkan markah kena muat naik gambar yang Prof suruh.
Bawah ni bukti Prof ketik tanda suka dan komen gambar. Terima kasih Prof. Sayang ketat-ketat.😘😘😘







BBM3410/18: Twitter Fatimah Zaharah

Hai kawan-kawan 😍

Aku rasa sem 7 ni, paling rajin dan aktif media sosial Twitter.
Sebelum ni ja. Tapi tak reti main sangat. Ni pun kawan yang ajar main huhu
Kawan rajin-rajinlah retweet Twitter aku tau.
Terima kasih 😍









BBM3410/18: Bas Upm

Assalamualaikum
Dan hai semua 👀
Apa khabar? Sihat tak?

Hari ni kan nak cerita pasal bas Upm.
Tadi, kelas Etika dalam Penerbitan pukul 8 pagi.
Bangun awal siap-siap semua sekali terlepas bas. Dah la turun dari bilik pukul 7 30 pagi. Pukul 8 tak dapat aku naik lagi. Aku dah panas dah hangat semua ada la. Punya lama tunggu. Naik tanduk dah kepala aku. Hahahhaha ok yang tu aku tipu.

Benda ni berlaku tiap-tiap minggu aku rasa. Kalau kelas pagi awal ja bas mesti tak banyak. Dia bukan bas tak ada langsung. Masalahnya bas tu mai sebijik-bijik. Umat manusia serumpun ni ramai. Hmmmm itulah luahan perasaan aku hari ni. 

Terima kasih sudi dengar 😌



Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Ceritera zaman kurus dahulu kala

Hai 😎😎😎
Hari ni berasa nak cerita tentang zaman kurus-kurus dahulu kala.
Aku dulu sebenarnya kurus ja. Tapi sejak naik Tingkatan 6 badan aku naik mendadak 😔 Sampai kawan-kawan sekelas perasan. Puncanya aku rasa sebab


  1. makan lewat malam dan makan banyak
  2. tido lambat dan buat asyik makan
  3. tak bersenam langsung
  4. tiap pagi makan nasi lemak, ni Tok limah selalu beli. Aku kena makan jugak la haha
  5. termakan ubat resdung kot. Rasa aku tak boleh makan 'supplement' dia lagi naik badan 
Aku rasa tulah punca-punca aku naik berat badan. Padahal dulu berat aku dalam 50-55 kg ja. La ni masyaallah jangan hampa semua tanya. Aku rasa tu dah jadi soalan sensitif macam orang tanya bila nak kahwin haha. Aku ada ja perancangan nak kurus. Tapi kan tak pernah menjadi haha sebab asyik makan ja. In sya alllah lepas ni aku nak diet. Tapi jangan orang kata dengar boleh percaya jangan. 😂
Jom aku tempek gambar aku kurus dulu. Kot-kot boleh jadi pemangkin semangat kepada aku untuk kurus hehehhe. 


Ni masa tingkatan 5 (50 kg) 

Rindunya

Tingkatan 5

hahah lawak tengok muka dulu-dulu

Memang hitam manis sejak azali 

Sem 1 membesar dengan jayanya

Tengok membe sendiri kata kayu balak kurang hajooooo

Muka suci+kurus

Mungkin orang tengok aku tak gemok tapi aku tau lah diri aku. Aku rasa aku makin berat 😭😭😭
Bye nak g diet. 

BBM3410/18: Kelas Pertama selepas Balik Cuti Midsem

Hai geng 👀
Nak cerita apa hah?
Tak ada cerita ni nak cerita 😂

Oklah, aku nak cerita kelas pertama selepas balik bercuti. Kelas hari Khamis, pukul 2 petang. Kelas Prof lah huhu. Ingat Prof nak batal, tapi aku ok ja ada kelas. Semester akhir dah, bila lagi nak p kelas kan. Lepas ni mesti rindu nak p kelas, berebut baslah hmmm macam-macamlah.
Kelas hari tu macam biasalah, buat adobe photoshop. Buat kalendar dari bulan Mei hingga Ogos. Sebab kelas sebelum ni dah buat bulan sebelum ni. Cuma sambung saja lah.

Habis kelas tu, aku dengan Ain g Pejabat Wazan Upm. Nak temuduga zakat sekali temuduga tu kena tunda Isnin depan. Kecewa aku haha sebab penat jugak jalan dengan lapar lagi. Tapi, tak apa tak ada rezeki kan. Lain kali lah. Habislah cerita kelas pertama selepas balik dari bercuti.

Payung gambar sebab rindu dekat kampung dah 😓

BBM3410/18: Balik ke Pangkal Jalan

Assalamualaikum w.b.t
Hai semuanya 😊

Setelah bercuti di kampung hampir 10 hari lebih, baliklah aku ke pangkal jalan huhu
Sedih pulak nak tinggalkan rumah. Ya la kan cuti lama, nak balik ke Upm jadi malas sikit. Tapi, kena kuatkan hati sebab nak menuntut ilmu. 😓

Gerak dari Sik pukul 10 malam sampai TBS pukul 4 30 pagi. Punya awal sampai, kalau tak pukul 6 pagi macam tu baru sampai. Aku agak pakcik bas tu bawak bas laju kot haha aku tido tak sedar diri, tengok-tengok dah sampai Kuala Lumpur dah 😂😂😂
Sampai TBS, tunggu kawan-kawan sampai, pukul 6 00 baru gerak balik Upm.
Itulah perjalanan nak balik ke Upm.

Balik la woi 😂😂😂

BBM3410/18: Sambung Cuti

Assalamualaikum semua
Jumpa lagi ya kita 😆

Sebelum cuti hari tu, dapat tugasan dari Prof suruh kongsikan 10 keping gambar bertemakan kampungku. Lepas tu kena kongsi dekat Instagram. Tengok ya dekat fatimahzaharah22 di Instagram.

Dan dekat kampung jugak Prof suruh tangkap gambar tangan OK dan kongsi dekat Instagram untuk dapatkan cuti hari Isnin. hahaha dan kami sekelas seramai 80 orang berjaya buat dan dapat cuti lebih.
Apa lagi balik Upm lambatlah. Patutnya 4/10 dah balik tapi lajak cuti sampai 7 /10.
Memang seronok gilalah. Terima kasih banyak-banyak Prof. 😍😍😍😍😍 Nah banyak saya bagi kasih sayang ni.

Jom layan gambar #kampungku

Gabriel sepupu Jenab

Nilah OK yang Prof suruh buat tu

Dekat bendang 

Depan rumah 

Bunga kembang petang

Jalan-jalan dengan sepupu

Bahan laksa 

BBM3410/18: Demam

Hai semua 😉
Nak cerita ni! Maih kaih dengar.
Balik cuti kat kampung tiba-tiba demam. Tido sampai 2 3 hari. Makan pun tak lalu sangat. Bangun solat dengan makan ja. Yang lain tido sampai kesudah. Nak cerita tu ja la. Nak taip pun tak berapa nak ok. Bye, nak tido. 😓

Doakan Fatimah Zaharah cepat sembuh. 

BBM3410/18: Balik Kampung

Hai geng 😂
Minggu ni paling syok seronok gila sebab balik kampunglah.
Kampung Belimbing, Sik, Kedah Darul Aman. Kampungku, tempat kelahiranku, dan tempat aku dibesarkan. 
hahahaha tudia punya seronok kan bercerita macam ni. Maaf lah teman-teman. Aku semangat sangat ni. 

Balik kampung tarikh 25hb Oktober 2018. Naik bas balik. Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Sik, Kedah. Perjalanan selama 8 jam. Gerak pukul 11 malam sampai 6 30 pagi di Sik. Lama kan, aku pun tak tau pasai pa lama sangat haha. Tak apa janji selamat sampai ja. 
Sampai-sampai ja, abang aku yang mai ambik. Sampai ja rumah. Nampak bumbung rumah pun hati berbunga-bunga haha. Punya poyo padahal baru sebulan lebih tak balik. Bukan apa, rindu Mak dengan abang kat kampung tuh hehe. Arwah Pak(ayah) pun rindu jugak. Sentiasa dalam hati. Al-fatihah. Dah sedih-sedih 😥. Hidup perlu diteruskan. 

Lepas solat subuh terus tido sampai zuhur baru bangun haha. Punya terok perangai. Tok Limah geleng kepala la baru bangkit tido haha. Nak kata apa lagi anak dia yang ni perangai tak berapa semengah sangat. Ampun Mak. 😂
Bangun ja tido, makan lah apa lagi haha lapar kan. Kak Fatin masak hari tu. Terima kasih masak kak Fatin. Menunya:
  • Masak lemak ayam
  • Ayam goreng
  • Sup sawi
  • Sambal belacan(tok limah buat 😋)
Petang tu kak Fatin buat cucur jagung pehhhhhh sedap gila dan kenyang nak mampus. Gambar tak dan nak ambik huhu. Bye jumpa lagi lain siaran. 

Setiap kali nampak papan tanda ni, seronok sangat 😍

BBM3410/18: Semua tentang Makanan

Hai teman-teman.
Jom bercoloteh santai-santai hari ni.
Nak tak?
Kalau nak. Jom lahhhh

Ok, hari ni aku nak cerita tentang makanan kesukaan aku. Sebenarnya, semua makanan aku suka lagi-lagi makanan kampung. Masakan barat tu tak berapa nak makan sangat sebab tak berapa kena dengan tekak kampung aku ni.
Aku paling suka asam pedas yang Mak aku buat. Hmmmm memang mabales lah. Hahaha tak sabar nak balik makan masa cuti midsem nanti 😋😋😋😋😋

Lagi apa aku suka ya? Haa laksa kesukaan aku jugak. Kalau dapat makan laksa memang nasi tak makan la hari tu. Banyak lagi makanan kesukaan aku. Tapi nilah paling tinggi dalam carta tekak aku hahhaa. Jom layan gambar makanan jom

Kak Noryn yang masak. Sedap.

Ikan goreng 

Ikan masak Kicap. Ni aku yang masak hehe

Spagetti. Aku masak tau 

Sambal bilis. Aku masak 

Masa berkelah dengan Mak(tok limah) dengan kawan-kawan
Lauk-lau kampung memang sedap

Sup sayur. Tok limah tak suka sayur ni sebab aku letak perencah maggi tu 

Ulam-ulam kampung 

Ayam masak merah. Kak noryn masak.

Rojak dekat Ah Cheng laksa. Sedap. 

BBM3410/18: Tugasan Minggu 7( Video One Shot)

Hai semua,
Holla dalam bahasa Sepanyol
Ni Hao dalam bahasa Mandarin
Hello dalam bahasa Inggeris
Dah baca! Dapat tambahkan pengetahuan bukan!
Membaca tu kan jambatan ilmu.

Hahahha
Apa yang aku mengarut ni. Maaflah ya. 😂

Minggu ni kelas Multimedia macam biasa. Minggu kami sekelas dapat tugasan kena buat video one shot. Prof. berikan arahan dan penerangan untuk buat video tu. Prof tunjukkan sekali video tu dalam youtube untuk jadikan sebagai rujukan kepada kami.
Kami pilih lagu Syinta Gila nyanyian Safiey Ilyas.
Berdasarkan video tu kami kena rakam video one shot.
Nanti blog seterusnya aku bagi link ya untuk tengok video kami huhu.
Walaupun rasa video kami macam gedik ka apa ka, tolong la 'like' nah hahaha

Separuh dari ahli kumpulan Mawar Production 😉

BBM3410/18: Minggu yang sibuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Kembali bersiaran semua hehe
Apa khabar? Sihat ka semuanya? Harap-harap sihat la nah huhu

Nak cerita ni, minggu ni memang sibuk gila la. Orang Kedah kata tak dan sungguh la sebab punya banyak benda nak kena buat sebelum balik cuti. Maih nak senaraikan keja yang nak kena buat haha poyo pulak padahal orang lain pun banyak keja jugak nak buat 👀👀👀

  1. Buat video one shot
  2. Buat blog
  3. Masukkan gambar dalam Instagram
  4. Buat status dalam Twitter
  5. Buat PITA
  6. Buat video LAX
  7. Dan akhir sekali, balik kampung yeay hahahaa

Sebenarnya tak la banyak sangat keja, tapi saja buat teruk kan! Tapi bagi aku serabut juga la nak kena siapkan semua benda. Aku boleh lakukan! Kena yakin dan rajin okeh kawan-kawan. Aku akhiri dengan bye-bye hehehehe jumpa lagi ya teman-teman. Ingat walaupun susah mana pun sesuatu, teruskan jangan berhenti. 😊😊😊